Mudahnya belajar mengaji

Kelas Iqra' dan Al-Quran secara online. Belajar dari rumah, ikut masa anda sendiri. Untuk dewasa, kanak-kanak dan satu keluarga.

  • 📖 Iqra' & Al-Quran
  • ⏰ 10–20 minit satu sesi
  • 👨‍👩‍👧 Semua peringkat umur

“Dulu makcik malu sangat sebab tak pandai mengaji, tapi lepas join kelas di Al Bayyan, makcik jadi lebih yakin. Sekarang makcik dah boleh mengaji dengan lancar.”Makcik Salmah, pelajar Al Bayyan

Kenapa pilih kami

Belajar Al-Quran tanpa tekanan

Tak perlu keluar rumah, tak perlu ikut jadual orang lain. Sikit-sikit asalkan konsisten, insyaAllah lancar.

Kelas fleksibel

Pilih masa anda sendiri. Sesi yang pendek dan padat, sesuai untuk yang sibuk bekerja atau anak yang bersekolah.

Semua peringkat umur

Dari kanak-kanak hingga dewasa. Bawa sekali ibu ayah, abang kakak dan anak-anak. Sekeluarga lancarkan bacaan.

Mula dari asas

Tak pandai langsung pun boleh. Kami mula dari Iqra' 1 hingga Al-Quran, ikut tahap bacaan anda sekarang.

Pakej

Pilih ikut keselesaan masa anda

Setiap pakej ada dua pilihan jadual. Pilih yang paling sesuai dengan rutin harian anda.

Pakej A

RM77/bulan
2 kali seminggu15 minit satu sesi
ATAU
3 kali seminggu10 minit satu sesi
Pilih Pakej A
Paling seimbang

Pakej B

RM99/bulan
3 kali seminggu15 minit satu sesi
ATAU
5 kali seminggu10 minit satu sesi
Pilih Pakej B

Pakej C

RM111/bulan
3 kali seminggu20 minit satu sesi
ATAU
5 kali seminggu12 minit satu sesi
Pilih Pakej C
Cara daftar

Tiga langkah je

Isi borang

Beritahu kami siapa yang nak mengaji, umur dan tahap bacaan sekarang.

Kami hubungi anda

Pasukan kami akan WhatsApp anda untuk tetapkan masa kelas yang sesuai.

Mula mengaji

Kelas bermula secara online dari rumah. Sikit-sikit, asalkan istiqamah.

Testimoni

Tak pernah terlambat untuk mula

“Dulu makcik malu sangat sebab tak pandai mengaji, tapi lepas join kelas di Al Bayyan, makcik jadi lebih yakin. Sekarang makcik dah boleh mengaji dengan lancar. Terima kasih Al Bayyan!”

SMakcik SalmahPelajar dewasa

“Pakcik dah lama nak belajar mengaji dengan betul. Alhamdulillah dengan Al Bayyan, pakcik dah lancar baca al-Quran. Jom mengaji sekarang, tak kira umur, semua boleh!”

HPakcik HassanPelajar dewasa
Ilmu percuma

Tips tajwid 1 minit

Setiap minggu kami kongsi ilmu tajwid ringkas di TikTok. Tekan mana-mana untuk tengok penuh.

Follow di TikTok

Pendaftaran

Jom mula mengaji

Isi maklumat di sebelah. Bila tekan hantar, WhatsApp akan terbuka dengan maklumat anda siap ditulis. Tekan hantar di WhatsApp dan kami akan balas secepat mungkin.

Siapa yang akan mengaji? *

Maklumat anda hanya dihantar terus kepada kami melalui WhatsApp.

Soalan lazim

Ada soalan?

Saya langsung tak kenal huruf. Boleh daftar?

Boleh. Kami mula dari asas, iaitu Iqra' 1, dan bergerak ikut kemampuan anda. Ramai pelajar dewasa kami bermula dari kosong.

Kelas ni online ke bersemuka?

Kelas dijalankan secara online, jadi anda boleh belajar dari rumah atau di mana sahaja yang selesa.

Kenapa sesi pendek, 10 hingga 20 minit sahaja?

Sesi pendek yang kerap lebih mudah diingat dan lebih senang untuk istiqamah berbanding kelas panjang yang jarang. Sikit-sikit, asalkan konsisten.

Boleh daftar untuk anak dan ibu bapa sekali?

Boleh. Pilih "Satu keluarga" dalam borang dan beritahu kami berapa orang yang nak mengaji.

Macam mana nak pilih pakej?

Kalau tak pasti, pilih "Belum pasti" dalam borang. Kami akan cadangkan pakej yang sesuai selepas mengenal pasti tahap bacaan anda.